Friday, January 21, 2011

APA ALAMAT TETAP KITA?




Tahukah kita, pada saat dan ketika ini, satu angkatan tentera sedang menuju ke arah kita? Datangnya bala tentera ini, tak lain tak bukan, adalah untuk menamatkan riwayat hidup kita! Langkahnya tidak pernah henti, malahan semakin hari semakin dekat, dan hentakan kakinya boleh menggoncangkan jantung kita, mengkocakkan hati kita…

Angkatan tentera ini sedang melangkah setapak demi setapak ke arah kita… tujuannya hanya satu, iaitu untuk ‘membunuh’ kita! Tiada seorang pun yang boleh menghindarinya.. Tiada mana-mana bala tentera pun yang bisa menandinginya.. Tiada sebarang kerajaan dunia pun yang dapat menghalangnya…

Itulah “tentera malaikat maut” yang menjalankan perintah Allah untuk memayatkan kita kerana kita sebenarnya telahpun dijatuhkan hukuman mati sebelum kita lahir lagi! Ya, itulah hakikat yang perlu kita terima: kita telah dijatuhkan hukuman mati sejak dari dalam perut ibu lagi!
Tetapi manusia sering leka dan alpa. Pada waktu tengahari, ketika azan zuhur sedang berkumadang, mereka memenuhi bank Islam, zoo Islam, pasaraya Islam, kedai makan Islam, muzium Islam, perpustakaan Islam… sedangkan rumah Tuhan orang Islam masih banyak saf yang kosong..
************************

Kita terlupa, walau apa juga yang sedang kita lakukan, malaikat maut dan bala tenteranya sedang mara dan langkah mereka tak akan pernah terhenti menghampiri kita.

Kita juga barangkali terlupa bahawa angkatan tentera malaikat maut inilah yang telah mematahkan leher orang-orang yang zalim dengan MATI, dan juga telah mematahkan pinggang raja-raja di singgahsana, juga dengan MATI.

Dengan perintah dan izin daripada Allah SWT, malaikat maut menamatkan cita-cita manusia yang mempunyai sejuta impian yang hebat, dengan MATI.

MAUT akan menghantar kita dari mahligai yg tinggi ke lubang kubur di bawah bumi…
MAUT akan menghantar kita dari tempat yg bercahaya dan mempunyai eletrik ke bawah tanah yang gelap-gelita…
MAUT akan menghantar kita dari dunia yg penuh dengan pembantu, pekerja, mahupun kuli yang taat, ke ruang yg sempit terperangkap sendirian bertemankan ulat dan cacing...
MAUT juga telah menukar makan minum yang lazat kepada debu-debu yang akan menerjah ke mulut yang dipenuhi air busuk…

Tidak ada lagi sesiapa di sisi...
Sebaliknya kita akan dibiarkan sendirian di sana…
Terpengkap dalam kesunyian dan kegelapan yang menakutkan…


************************
Matahari mulai tergelincir. Kelihatan manusia mulai pulang dari tempat kerja masing-masing... Ada yang cedera di tempat kerja, tetapi esok akan tetap datang bekerja. Ada yang bertekak dan bergaduh di tempat kerja, tetapi esok akan tetap datang lagi dan teruskan bekerja seperti biasa...

Tapi dalam hal berkaitan agama, lain pula jadinya. Pernah lihat ada yang cedera disebabkan agama? Dan jika berlaku pergaduhan di masjid ekoran berbeza fahaman agama, lalu kenapa berhenti daripada terus datang ke masjid?


************************
Wahai manusia yang dikurniakan aqal fikiran, tahukah kalian siapakah orang yang paling “bodoh”? Ya, tepat sekali! Orang yang paling “bodoh” ialah orang yang sering melupakan mati, dan lupa untuk membuat persediaan sebelum dirinya menjadi mayat. Tidak mengapa diri menjadi mayat yang hodoh, tetapi janganlah dibiarkan diri menjadi mayat yang “bodoh” lagi hodoh...

Maka sebelum diri menjadi mayat yang bodoh lagi hodoh, kita semua harus memasukkan isu-isu berkaitan kematian dalam kehidupan harian kita, agar kita sentiasa mengingati mati, lalu membuat persiapan sebelum menjadi mayat.

Kerana, dalam dunia ini terdapat ramai manusia yang perasan sibuk dengan hal keduniaan, dan tidak suka dengan perbincangan mengenai mati kerana bimbang kelazatan dunia akan hilang. Jika dibincang tentang mati sekalipun, apa yang dibincangkan hanyalah tentang keburukan mati kerana dengan kematian itu, mereka akan kehilangan wang dalam bank, harta, tanah, anak isteri, kereta mewah, dan segala kelazatan dunia yang lainnya.


Maka pesan Nabi Muhammad SAW 1400 tahun yang lalu (lebih kurang maksudnya):

>> Orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati Mati.
>> Dalam majlis-majils kamu, haruslah diadakan perbincangan mengenai perkara yang menghancurkan segala syahwat iaitu mati.
>> Ingatlah mati dengan kadar yang banyak, ia boleh menghapuskan dosa dan menghapuskan cinta dunia.
>> Jika kamu mengetahu apakah keadaan kamu selepas kamu mati, nescaya kamu tidak akan ada selera makan dan tidak dapat menikmati kelazatan air.
>> Ingatlah mati dengan kadar yang banyak, ia boleh menghapuskan perasan meminta minta.

************************

Tetapi manusia masih perasan sibuk… pada petang hari, setelah pulang dari kerja-kerja dunia yang memenatkan, manusia mulai menambah penat dengan bersukan sehingga Maghrib… dengan alasan nak hilangkan stress…
Dan pada waktu malamnya pula, manusia mulai bergerak mencari hiburan, juga untuk menghilangkan stress… Tengok wayang, tengok TV, lepak di kedai kopi, berkaroeke dan lain-lain lagi… “nak hilangkan stresslah bang, dah sehari suntuk bekerja…” itulah alasan yang sering diberikan sekiranya perbuatan mereka itu dipersoalkan.


************************
Sesungguhnya, sekiranya kalian menyedari bahawa diri kalian sdg diancam bunuh oleh sekumpulan “gangster”, apakah kalian masih mahu menghabiskan masa kalian berhibur dgn lagu2 yg hanya melalaikan kalian? Apakah kalian masih boleh berseronok di pusat hiburan? Masihkah??? Rasanya nak tidur pun tak lena jadinya…

Justeru itu, beringatlah selalu…walaupun mata kasar kita tidak dapat melihat kewujudan mereka, namun hakikatnya “tentera malaikat maut” sedikitpun tidak pernah mengundurkan diri mereka, bahkan langkah mereka semakin hari semakin dekat menghampiri kita. Langkah mereka adalah langkahan maut. Datangnya mereka tidak lain tidak bukan, adalah untuk ‘membunuh’ kita!

Namun kita pada ketika ini masih lagi leka dan alpa… masih boleh berseronok mencari hiburan duniawi di sana sini…

Di alam kubur sana nanti, ada yang ketika di dunia dahulu pandai menyanyi tetapi sekarang senyap membisu… ada yang melupakan mati tetapi sekarang sedang menjadi mangsanya…

Dan apa yang perlu kita takut dan risaukan pada ketika ini adalah, kita masih belum mengetahui akan apakah ALAMAT TETAP KITA…

Apa alamat tetap kita?
Syurga?

Atau Neraka?


************************

Pesan orang ‘alim, jika kita selalu terlupa pada hari kita menjadi mayat, maka sebelum menjadi mayat, hantarkanlah (sedekah, zakat, jihad) harta kita ke akhirat sebanyak-banyaknya, kerana tabiat hati yang terpaut pada harta, maka apabila harta telah dihantar ke kehidupan selepas menjadi mayat, maka hati pun akan merasa rindu untuk menjadi mayat, inshaAllah…
************************


Kata Hati: Kalau diperhatikan dunia akhir zaman ni, rasanya macam dah terlalu banyak tanda2 kecil Qiamat… terasa seperti Qiamat semakin hampir… apabila fikirkan Qiamat, terfikir juga ttg kematian… sungguh, adakalanya diri ini juga leka dgn hal-hal duniawi… mungkin sebab pandangan mata kasar tidak dapat melihat betapa “tentera malaikat maut” benar-benar menghampiri diri, mahu membunuh diri ini, maka diri seolah-olah lupa akan kewujudannya…  ya Allah, semoga diri ini masih lagi berada di jalan-Mu, mengumpul bekalan sbyk mungkin dalam menuju destinasi yang pasti… aamiiin…

KIAMAT SEMAKIN HAMPIR




Sebagai renungan bersama... tanda2 kiamat yang sudah semakin ketara berlaku saat ini:

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda (maksudnya): "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari.
~dah terjadi dan sedang berlaku...

2) Zina berleluasa.

"Dan tinggallah manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." – Sahih Muslim.
yang ni memang dah banyak sangat berlaku…
3) Alat muzik bermaharajalela.

"Pada akhir zaman, akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah, bilakah hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi² wanita." - Ibnu Majah.
Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Gang Starz, Sehati Berdansa, dan macam² lagi…

4) Menghias masjid & membanggakannya.

"Di antara tanda² telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid." - Riwayat Nasai.
masjid dibina dengan megahnya, namun tidak pula di'imarahkan.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan jiran tetangga.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturrahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
ada anak yang tak mengaku ada mak/ayah disebabkan malu, dan ada juga yang langsung tidak mengenali jiran di sebelah rumah.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang² yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang² yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." – Riwayat Ahmad.
boleh kira betapa sedikitnya bilangan para ulama' yg masih ada...
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia." - Riwayat Thabrani.
tak lain tak bukan, yg paling ketara ialah George Bush.... 

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalinya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda² telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja." - Riwayat Ahmad.
jiran sesama Islam pun adakalanya tidak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Di antara tanda² hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya, keadaannya seperti telanjang".lihatlah mcm² fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...
10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda² telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani.
yang ni kalau tak percaya, tengoklah sendiri...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong² besar yang datang kepadamu dengan membawa berita² yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengari oleh bapa² kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu." - Sahih Muslim.
gossip, fitnah, serta cerita² palsu tersebar luas dengan mudahnya.

12) Banyaknya saksi palsu.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat, akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." –Riwayat Ahmad.
memang ade je berlaku dalam kes² mahkamah...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²." - Sahih Muslim.
Dubai dah dituruni salji, Mina pula dah dilanda banjir...


Lihatlah dan sedarilah hakikat sesungguhnya kiamat itu sudah dikira terlalu hampir tiba. Tanda-tandanya sudah pun dinyatakan dalam hadith2, yang mana semuanya itu disebut sekian lama dahulu, dan telah/ sedang berlaku pada zaman sekarang...


Teguhkan iman, tingkatkan amalan...
moga2 bekalan kita ke sana mencukupi... aamiiin...

disebalik "APRIL FOOL"




Pasti ramai yang dah sedia maklum tentang sejarah sambutan "April Fool" ni, tapi tak mustahil juga kalau ada yang masih belum tahu. Jadi rasanya tak salah kalau tetap mahu dikongsikan artikel ini di sini, moga-moga kita semua saling beringat dan berwaspada....


Assalamualaikum wbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang ke Barat’.

Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.

Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan tersebut untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya; lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol, tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.


Petikan daripada Risalah Fikrah

ITULAH CINTA....ITULAH PERKAHWINAN

Suatu pagi yang mendamaikan, seorang pelajar bertemu dengan cikgunya, lalu terjadilah perbualan di antara mereka …
Pelajar: Cikgu, apakah erti cinta? Bagaimana caranya untuk saya dapatkannya?

Cikgu: Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Sepanjang perjalanan kamu itu, ambillah satu ranting yang menurut kamu, ranting itu sangat menakjubkan. Maka dengan itu, bererti kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalanlah menuju ke ladang gandum tersebut. Tidak berapa lama kemudian, dia pun kembali... namun dengan tangan yang kosong...
Cikgu: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?

Pelajar: Saya terpaksa memilih untuk mengambil hanya satu ranting sahaja, dan sewaktu berjalan, saya tidak boleh mengundur ke belakang semula. Sebenarnya sepanjang perjalanan itu, saya ada berjumpa dengan satu ranting yang saya rasakan paling menakjubkan, tetapi saya tidak tahu apakah yang akan ada yang lebih menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu dengan harapan akan bertemu dengan ranting yang lebih menakjubkan di perjalanan yang seterusnya. Tetapi akhirnya saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi akhirnya saya tidak mengambil sebatang ranting pun…

Cikgu: Ya, itulah yang dinamakan cinta...


Di hari yang lainnya pula, pelajar tersebut bertanya lagi kepada cikgunya itu...

Pelajar: Cikgu, apa itu perkahwinan?

Cikgu: Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah kamu, tetapi sama seperti sebelumnya, kali ini juga kamu sama sekali tidak dibenarkan mengundur ke belakang. Di sepanjang perjalanan kamu itu, tebanglah sepohon pokok sahaja, yang kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar, dan tinggi. Maka dengan itu, kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalanlah menuju ke hutan yang dimaksudkan. Tidak berapa lama kemudian, dia pun datang semula dengan membawa sepohon kayu yang pada pandangan cikgunya, pohon tersebut tidaklah begitu cantik, segar, dan tinggi.
Cikgu: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini?

Pelajar:
 Sebabnya, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, kali ini saya buat keputusan untuk berjalan hanya separuh daripada hutan tersebut, dan saya tidak mahu kembali dengan tangan kosong seperti dahulu. Jadi, saya mengambil kesempatan untuk menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya, ia adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

Cikgu: Itulah yang dinamakan perkahwinan...


********************************************

Kesimpulannya, janganlah kita terlalu memilih dalam soal cinta, ditakuti kita akan terlepas dari mendapatkannya, dan jangan pula kita terlalu memilih jodoh, bahkan sebaliknya terimalah pasangan kita dengan seadanya. Sedarilah hakikat bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri....

"KAMI BUKANNYA BERZINA"

Bagi mereka yg sedang hanyut dek keseronokan bercouple, pastinya mereka akan bertegas mempertahankan apa yg mereka lakukan, dgn memberi alasan semudah:

“Kami tidak berzina!”

Maaf, saya tak tuduh awak berzina, tapi awak menghampiri zina.
“Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?”

Ya, perbuatan begitu juga boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan! 

“Kami dpt mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.”

Hari ini ya. Esok lusa siapa tahu? Mungkin kamu akan kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sgt halus. Ia telah menipu moyang kita yg pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW (yg bermaksud): “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan” (Tabrani). Kita manusia seringkali lemah menghadapi tipu daya Iblis.
“Tidak semestinya semua org bercinta menjurus kpd penzinaan. Ada yg bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!”

Betul. Tapi itu adalah salah satu yg dimaksudkan dgn menghampiri zina. Mmg pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat-laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kpd suatu pertemuan. Dan pertemuan pertama itu tidak akan terhenti di situ shj. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kpd penzinaan akhirnya?
“Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?”

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya. Ada zina betul sepertimana yg kamu faham, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dgn perasaan syahwat, dan ada juga zina hati iaitu dgn khayalan syahwat terhadap kekasih. Hal ini samalah sepertimana yg digambarkan oleh Rasulullah SAW (yg bermaksud): “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman”(Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jln menuju kpd zina amat byk. Jgn biarkan diri kita melalui mana2 jln penzinaan. 

“Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!” (bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)
Berdiskusi pelajaran? Betul ke? Jgn tipulah. Allah tahu apa yg terselit di hati hamba2-Nya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati Allah, kejayaan tak kan bawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat apetah lagi. Jgnlah berselindung di sebalik pelajaran yg mulia. Allah suka kpd org berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat kalau betul caranya. Fikir-fikirkanlah, apakah berdiskusi mcm ni akan ditulis oleh malaikat Raqib, ataupun malaikat Atid?

“Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group” (bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group? Nampak lain mcm je... manja, senyum memanjang... tak mcm gaya berdiskusi pun? Takkan study group berdua je? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan mcm ni, betul ke bincang pelajaran? Jgn2 sekejap je bincang pelajaran, yg lain tu... byk masa dihabiskan dgn fantasi cinta!
“Taklah! Betul... kami berbincang pelajaran sahaja.”

Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bkn malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jgn nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

“Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.”

Tak ada ke kaum sejenis yg boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yg boleh beri motivasi? Jgn hina kaum sejenis kita. Ingat, byk org cemerlang yg belajar hanya dgn kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tak terganggu, dpt berkat dan rahmat pula. 
“Takkanlah tak ada langsung ruang yg dibenarkan dlm Islam utk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?”

Naluri adalah sbhgn drpd kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pd diri seseorang, tak normal namanya. Islam bkn dtg membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tak suruh bunuh naluri spt yg dilakukan para paderi atau sami. Jgn nafikan naluri ini. Jgn berbohong pd diri sendiri. Bkn salah dan berdosa kalau perasaan itu dtg tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu utk patuh pd perintah Allah. Jadilah manusia yg sihat nalurinya. Jgn jd malaikat! Krn Allah jdkn kita sbg manusia. Dunia dan sgla isinya akan hambar tnpa naluri atau nafsu. 

“Islam takde ke couple-couple ni?”

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul, yakni cinta selepas selamat dinikahkan. Itulah cinta qudus. Cinta yg bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dgn sesuatu yg lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, maka ia membawa perkahwinan sbg ganti yg lebih baik. Sabda Rasulullah SAW (yg bermaksud): “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah” (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

“Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan?”

Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kmdn perasaan dilayan. Kmdn teringat, jadi rindu. Lalu diatur pertemuan. Kmdn duduk berdua-duaan. Kmdn mencari tempat yg sunyi sedikit. Lalu berbual pjg hingga malam gelap. Hubungan mnjadi semakin akrab. Dah mula berani pegang tangan, duduk semakin dekat. Kalau tadi mcm kawan, skrg mcm pengantin baru! Bukankah mereka semakin hampir dgn penzinaan? Hakikatnya terlalu ramai org yg bercinta telah sampai kpd daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yg melahirkan kita dlm keadaan putih bersih tanpa noda drpd seekor nyamuk sekalipun!
“Masih ramai org yg bercinta tetapi tetap selamat dan tidak sampai kpd berzina. Kami tahan diuji. Allah yg menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia.”

Manusia tak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan spy jauhi perkara yg ditegah, takut manusia akan kecundang.

“Jadi manusia itu tidak tahan diuji?”

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa. Sejak dari awal penciptaan manusia, Allah takdirkan satu peristiwa utk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa spy tidak memakan buah khuldi dlm syurga. Buah yg lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kpd Adam dan Hawa, jgn menghampiri pokok khuldi itu.

Firman Allah (yg bermaksud): “(Dan Allah berfirman) Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu (Hawa) di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim.” (al-A’raaf, 7:19)

Tegahan yg sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dgn zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dgn godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar drpd pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

“Tapi bercinta lepas kahwin byk masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah utk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.”

Boleh ke percaya dgn perwatakan masa sdg bercinta? Bercinta penuh dgn lakonan yg dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dgn watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta, merajuk ada yg pujuk. Jgn hrp lepas kahwin, bila merajuk akan ada yg pujuk. Byk org yg kecewa dan tertipu dgn keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Mcm langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yg amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dh kahwin, lewat lima minit, dh kena tengking. Jadi, perwatakan dlm masa bercinta tak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.
“Percayalah,kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nnt.”

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kpd hamba2-Nya yg terpilih. Kebahagiaan bkn ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yg menganugerahkannya. Bagaimana mndapat anugerah kebahagiaan itu, jika jln mncapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah? Kebahagiaan hidup berumahtangga mestilah melalui proses yg betul. Sudah tentu prosesnya bkn bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yg diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana utk mendapat keluarga yg bahagia jika langkah pertama sudah pun canggung? Bagaimana pula kesudahannya nanti?

“Tanya sikit... adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta....”

Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yg diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yg terlibat dgn budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dlm perangkap syaitan. Cuma menunggu masa utk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, teman tapi mesra ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dgn zina.

“Jadi seolah-olah orang yg bercinta telah hilang maruah diri?”

Mengukur maruah diri bkn ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Org yg sdg mabuk bercinta akan mengatakan org yg bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi org yg menjaga diri, tidak mahu terlibat dgn cinta sebelum kahwin, akan mengatakan org yg bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kpd org yg belum layak menerima cinta suci.

“Kalau ukuran bermaruah atau tidak, ditentukan oleh Allah, lalu mengapa ada yg mengatakan org yg bercinta hilang maruah?”

Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Org yg bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Org yg bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dgn orang yg pernah berzina. Allah berfirman (maksudnya): “Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak berkahwin melainkan dengan perempuan yang juga berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak berkahwin melainkan dengan lelaki yang juga berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (An-Nuur, 24: 3)

“Jadi, org yg pernah bercinta tidak sesuai utk berkahwin dgn org yg tak pernah bercinta? Org yg bercinta hanya layak berkahwin dgn org yg pernah bercinta juga? Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan?”

Itulah pasangan yg layak utk dirinya. Kerana wanita yg baik adalah utk lelaki yg baik. Lelaki yg baik utk wanita yg baik.
“Kami telah berjanji sehidup semati.....”

Apa ada pd janji cinta? Berapa byk sudah janji cinta yg musnah? Lelaki, jgn diharap pd janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

“Si dia ini lain dari yg lain. Dia lelaki yg penyayang dan bertanggungjawab.”

Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sbg isteri dan seterusnya mnjadi ibu utk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yg baik. Tetapi utk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yg menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

“Jadi, perempuan yg bercinta, jatuh maruahnya pd pndgn lelaki?”

Tentu! Mana ada lelaki yg normal suka pd barang yg second handsdgkan barang yg baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan spt kereta yg diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada org yg boleh test drive. Ada pula yg kata, sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung; boleh dibawa ke hulu ke hilir. Sedih, kan? Tetapi itulah hakikatnya!
“Masih adakah orang yg tidak bercinta di zaman ini?”

Ya, masih ada! Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah (maksudnya): “...Dan orang-orang lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina), dan orang-orang lelaki dan perempuan yang banyak mengingati Allah, maka Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab, 33: 35)

“Lalu bagaimana dengan kami?”

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dgn taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dari-Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan utk mendapat redha-Nya.

“Kami ingin mndapat redha Tuhan. Tunjukkanlah kpd kami bagaimana caranya utk kami lakukan taubat nasuha.”

Taubat nasuha adalah taubat yg murni. Taubat yg sebenar-benarnya.Taubat yg memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat dan dosa. Maka, putuskanlah hubungan cinta yg tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Bererti, hendaklah kamu menginsafi diri di atas tindak-tanduk hidup yg menjurus diri dlm percintaan. iii) Berazam. Kamu pasanglah azam dan tekad yg kuat dlm hati agar tidak akan bercinta lagi dgn sesiapa kecuali dgn seseorang yg bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab qabul. Moga Allah terima taubatmu.




“Jadi kami harus berpisah? Dengan segera?”

Ya! Ingatlah, hubungan sebegini tidak akan membawa kpd kebaikan, malah lebih membawa kpd kemusnahan. Jadi lebih baik dihentikan segera sebelum lebih terlambat. Tidak perlu kecewa dan susah hati. Sesungguhnya setiap pertemuan akan ada perpisahan. Bertemu dan berpisah, adalah kerana Allah. Dan kalau benar dia yg terbaik buatmu, yakinlah, kalau ada jodoh, tidak akan ke mana.

Dan doa saya mengiringi kalian...
 
“Ya Allah... Bantulah mereka ini. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu ya Allah. Maka terimalah taubat mereka..."

******************************

Notakaki: Sebenarnya mereka yg sedang hanyut dalam keseronokan alam percintaan ni bukannya langsung tidak menyedari kesalahan yg mereka lakukan. Namun tatkala berduaan dgn pasangan, nafsu yg lebih menguasai diri. Adab kesopanan serta hukum syara‘ diketepikan. Mereka leka dan alpa. Maka adalah menjadi tanggungjawab kita utk mengingatkan mereka. Semoga perkongsian tidak seberapa ini dapat dimanfaatkan bersama...

SYARAT BERUMAHTANGGA

Kalau perempuan tak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar…
Tapi kalau lelaki tak boleh jadi imam, kita kata ok saja.
Jangan diperbesarkan, nanti mereka terasa hati.

“Apalah perempuan, tak pandai masak, siapa yang nak kahwin dengan awak!”

Begitulah kata rakan sejawat lelaki kepada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu, yang dia 
tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga, sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran sahaja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

“Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

“Sedang belajarlah ni.. Tetapi selain sibuk dengan kerjaya, saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-gelengkan kepalanya. Baginya, tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. 
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam! (walau ada yang kata, jika itu syaratnya, bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup)

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan 
“hendak memikat suami, perlu pikat seleranya” sering digunapakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun
kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasakan lebih perlu.

Kalau perempuan tidak tahu memasak, disuruh belajar, dan sesudah belajar, perlu pula jadi handal. Ukuran handal bukanlah setakat masak untuk keluarga sendiri, tapi kalau boleh, perlu juga boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Tapi bolehkah kita meletakkan undang-undang begitu kepada lelaki juga? 
Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

“Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?”Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga. 
Berapa kerat lelaki yang menjadikan solat jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab 
tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid ataupun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri solat sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, mulalah belajar dari sekarang =)


Wednesday, January 19, 2011

sad.....

 erm .. last night, my soul ... is also a long chat .. to forget the day was late at night ... then my soul also wants to know a story that may very surprised .. I was at first suspension. .. hope the news does not hurt me ... not that I could not even want to hear this sad story .... her name was right after all ... eyhh! story was already overstayed sorry2 .... haaa .... story of my soul sister in law (kak ina)... has had A MISCARRIAGE was the sad-2 ... hukhukhukkk ............ I just heard the story of my soul I close my story ... I kept quiet for a moment ... surprised so ....... what was alleged this happened kak ina and abg Syahrizal ..... hope kak ina and her courageous toaccept all alleged gods ...... ermm hope something good comes of all this ... aammmmiinnn