Friday, January 21, 2011

"KAMI BUKANNYA BERZINA"

Bagi mereka yg sedang hanyut dek keseronokan bercouple, pastinya mereka akan bertegas mempertahankan apa yg mereka lakukan, dgn memberi alasan semudah:

“Kami tidak berzina!”

Maaf, saya tak tuduh awak berzina, tapi awak menghampiri zina.
“Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?”

Ya, perbuatan begitu juga boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan! 

“Kami dpt mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.”

Hari ini ya. Esok lusa siapa tahu? Mungkin kamu akan kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sgt halus. Ia telah menipu moyang kita yg pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW (yg bermaksud): “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan” (Tabrani). Kita manusia seringkali lemah menghadapi tipu daya Iblis.
“Tidak semestinya semua org bercinta menjurus kpd penzinaan. Ada yg bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!”

Betul. Tapi itu adalah salah satu yg dimaksudkan dgn menghampiri zina. Mmg pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat-laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kpd suatu pertemuan. Dan pertemuan pertama itu tidak akan terhenti di situ shj. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kpd penzinaan akhirnya?
“Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?”

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya. Ada zina betul sepertimana yg kamu faham, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dgn perasaan syahwat, dan ada juga zina hati iaitu dgn khayalan syahwat terhadap kekasih. Hal ini samalah sepertimana yg digambarkan oleh Rasulullah SAW (yg bermaksud): “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman”(Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jln menuju kpd zina amat byk. Jgn biarkan diri kita melalui mana2 jln penzinaan. 

“Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!” (bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)
Berdiskusi pelajaran? Betul ke? Jgn tipulah. Allah tahu apa yg terselit di hati hamba2-Nya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati Allah, kejayaan tak kan bawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat apetah lagi. Jgnlah berselindung di sebalik pelajaran yg mulia. Allah suka kpd org berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat kalau betul caranya. Fikir-fikirkanlah, apakah berdiskusi mcm ni akan ditulis oleh malaikat Raqib, ataupun malaikat Atid?

“Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group” (bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group? Nampak lain mcm je... manja, senyum memanjang... tak mcm gaya berdiskusi pun? Takkan study group berdua je? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan mcm ni, betul ke bincang pelajaran? Jgn2 sekejap je bincang pelajaran, yg lain tu... byk masa dihabiskan dgn fantasi cinta!
“Taklah! Betul... kami berbincang pelajaran sahaja.”

Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bkn malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jgn nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

“Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.”

Tak ada ke kaum sejenis yg boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yg boleh beri motivasi? Jgn hina kaum sejenis kita. Ingat, byk org cemerlang yg belajar hanya dgn kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tak terganggu, dpt berkat dan rahmat pula. 
“Takkanlah tak ada langsung ruang yg dibenarkan dlm Islam utk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?”

Naluri adalah sbhgn drpd kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pd diri seseorang, tak normal namanya. Islam bkn dtg membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tak suruh bunuh naluri spt yg dilakukan para paderi atau sami. Jgn nafikan naluri ini. Jgn berbohong pd diri sendiri. Bkn salah dan berdosa kalau perasaan itu dtg tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu utk patuh pd perintah Allah. Jadilah manusia yg sihat nalurinya. Jgn jd malaikat! Krn Allah jdkn kita sbg manusia. Dunia dan sgla isinya akan hambar tnpa naluri atau nafsu. 

“Islam takde ke couple-couple ni?”

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul, yakni cinta selepas selamat dinikahkan. Itulah cinta qudus. Cinta yg bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dgn sesuatu yg lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, maka ia membawa perkahwinan sbg ganti yg lebih baik. Sabda Rasulullah SAW (yg bermaksud): “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah” (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

“Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan?”

Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kmdn perasaan dilayan. Kmdn teringat, jadi rindu. Lalu diatur pertemuan. Kmdn duduk berdua-duaan. Kmdn mencari tempat yg sunyi sedikit. Lalu berbual pjg hingga malam gelap. Hubungan mnjadi semakin akrab. Dah mula berani pegang tangan, duduk semakin dekat. Kalau tadi mcm kawan, skrg mcm pengantin baru! Bukankah mereka semakin hampir dgn penzinaan? Hakikatnya terlalu ramai org yg bercinta telah sampai kpd daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yg melahirkan kita dlm keadaan putih bersih tanpa noda drpd seekor nyamuk sekalipun!
“Masih ramai org yg bercinta tetapi tetap selamat dan tidak sampai kpd berzina. Kami tahan diuji. Allah yg menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia.”

Manusia tak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan spy jauhi perkara yg ditegah, takut manusia akan kecundang.

“Jadi manusia itu tidak tahan diuji?”

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa. Sejak dari awal penciptaan manusia, Allah takdirkan satu peristiwa utk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa spy tidak memakan buah khuldi dlm syurga. Buah yg lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kpd Adam dan Hawa, jgn menghampiri pokok khuldi itu.

Firman Allah (yg bermaksud): “(Dan Allah berfirman) Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu (Hawa) di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim.” (al-A’raaf, 7:19)

Tegahan yg sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dgn zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dgn godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar drpd pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

“Tapi bercinta lepas kahwin byk masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah utk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.”

Boleh ke percaya dgn perwatakan masa sdg bercinta? Bercinta penuh dgn lakonan yg dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dgn watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta, merajuk ada yg pujuk. Jgn hrp lepas kahwin, bila merajuk akan ada yg pujuk. Byk org yg kecewa dan tertipu dgn keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Mcm langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yg amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dh kahwin, lewat lima minit, dh kena tengking. Jadi, perwatakan dlm masa bercinta tak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.
“Percayalah,kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nnt.”

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kpd hamba2-Nya yg terpilih. Kebahagiaan bkn ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yg menganugerahkannya. Bagaimana mndapat anugerah kebahagiaan itu, jika jln mncapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah? Kebahagiaan hidup berumahtangga mestilah melalui proses yg betul. Sudah tentu prosesnya bkn bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yg diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana utk mendapat keluarga yg bahagia jika langkah pertama sudah pun canggung? Bagaimana pula kesudahannya nanti?

“Tanya sikit... adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta....”

Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yg diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yg terlibat dgn budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dlm perangkap syaitan. Cuma menunggu masa utk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, teman tapi mesra ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dgn zina.

“Jadi seolah-olah orang yg bercinta telah hilang maruah diri?”

Mengukur maruah diri bkn ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Org yg sdg mabuk bercinta akan mengatakan org yg bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi org yg menjaga diri, tidak mahu terlibat dgn cinta sebelum kahwin, akan mengatakan org yg bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kpd org yg belum layak menerima cinta suci.

“Kalau ukuran bermaruah atau tidak, ditentukan oleh Allah, lalu mengapa ada yg mengatakan org yg bercinta hilang maruah?”

Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Org yg bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Org yg bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dgn orang yg pernah berzina. Allah berfirman (maksudnya): “Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak berkahwin melainkan dengan perempuan yang juga berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak berkahwin melainkan dengan lelaki yang juga berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (An-Nuur, 24: 3)

“Jadi, org yg pernah bercinta tidak sesuai utk berkahwin dgn org yg tak pernah bercinta? Org yg bercinta hanya layak berkahwin dgn org yg pernah bercinta juga? Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan?”

Itulah pasangan yg layak utk dirinya. Kerana wanita yg baik adalah utk lelaki yg baik. Lelaki yg baik utk wanita yg baik.
“Kami telah berjanji sehidup semati.....”

Apa ada pd janji cinta? Berapa byk sudah janji cinta yg musnah? Lelaki, jgn diharap pd janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

“Si dia ini lain dari yg lain. Dia lelaki yg penyayang dan bertanggungjawab.”

Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sbg isteri dan seterusnya mnjadi ibu utk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yg baik. Tetapi utk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yg menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

“Jadi, perempuan yg bercinta, jatuh maruahnya pd pndgn lelaki?”

Tentu! Mana ada lelaki yg normal suka pd barang yg second handsdgkan barang yg baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan spt kereta yg diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada org yg boleh test drive. Ada pula yg kata, sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung; boleh dibawa ke hulu ke hilir. Sedih, kan? Tetapi itulah hakikatnya!
“Masih adakah orang yg tidak bercinta di zaman ini?”

Ya, masih ada! Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah (maksudnya): “...Dan orang-orang lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina), dan orang-orang lelaki dan perempuan yang banyak mengingati Allah, maka Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab, 33: 35)

“Lalu bagaimana dengan kami?”

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dgn taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dari-Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan utk mendapat redha-Nya.

“Kami ingin mndapat redha Tuhan. Tunjukkanlah kpd kami bagaimana caranya utk kami lakukan taubat nasuha.”

Taubat nasuha adalah taubat yg murni. Taubat yg sebenar-benarnya.Taubat yg memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat dan dosa. Maka, putuskanlah hubungan cinta yg tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Bererti, hendaklah kamu menginsafi diri di atas tindak-tanduk hidup yg menjurus diri dlm percintaan. iii) Berazam. Kamu pasanglah azam dan tekad yg kuat dlm hati agar tidak akan bercinta lagi dgn sesiapa kecuali dgn seseorang yg bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab qabul. Moga Allah terima taubatmu.




“Jadi kami harus berpisah? Dengan segera?”

Ya! Ingatlah, hubungan sebegini tidak akan membawa kpd kebaikan, malah lebih membawa kpd kemusnahan. Jadi lebih baik dihentikan segera sebelum lebih terlambat. Tidak perlu kecewa dan susah hati. Sesungguhnya setiap pertemuan akan ada perpisahan. Bertemu dan berpisah, adalah kerana Allah. Dan kalau benar dia yg terbaik buatmu, yakinlah, kalau ada jodoh, tidak akan ke mana.

Dan doa saya mengiringi kalian...
 
“Ya Allah... Bantulah mereka ini. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu ya Allah. Maka terimalah taubat mereka..."

******************************

Notakaki: Sebenarnya mereka yg sedang hanyut dalam keseronokan alam percintaan ni bukannya langsung tidak menyedari kesalahan yg mereka lakukan. Namun tatkala berduaan dgn pasangan, nafsu yg lebih menguasai diri. Adab kesopanan serta hukum syara‘ diketepikan. Mereka leka dan alpa. Maka adalah menjadi tanggungjawab kita utk mengingatkan mereka. Semoga perkongsian tidak seberapa ini dapat dimanfaatkan bersama...

No comments:

Post a Comment