Friday, January 14, 2011

menangis kerana takutkan ALLAH....

Renungan: Sudahkah kamu menangis kerana takut akan Allah? Sudahkan kamu menyesali perbuatan dan dosa yang kamu lakukan? Sesungguhnya mata yang menangis kerana takutkan Allah diharamkan api neraka untuk membakarnya.. Dan dikisahkan bahawa pada hari Kiamat nanti neraka jahannam datang kepada umat Nabi Muhammad, lalu mereka berasa susah dengannya.. Lalu dibawanya Jibril satu bekas berisi air kepada Nabi kita dan disiramnya ke atas api neraka tersebut.. Maka padamlah api itu.. Nabi bertanya air apakah itu, lalu Jibril menjawab bahawa itu adalah air mata dari umatmu yang menangis kerana takutkan Allah.. Subhanallah..

No comments:

Post a Comment