Friday, January 21, 2011

KIAMAT SEMAKIN HAMPIR




Sebagai renungan bersama... tanda2 kiamat yang sudah semakin ketara berlaku saat ini:

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda (maksudnya): "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari.
~dah terjadi dan sedang berlaku...

2) Zina berleluasa.

"Dan tinggallah manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." – Sahih Muslim.
yang ni memang dah banyak sangat berlaku…
3) Alat muzik bermaharajalela.

"Pada akhir zaman, akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah, bilakah hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi² wanita." - Ibnu Majah.
Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Gang Starz, Sehati Berdansa, dan macam² lagi…

4) Menghias masjid & membanggakannya.

"Di antara tanda² telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid." - Riwayat Nasai.
masjid dibina dengan megahnya, namun tidak pula di'imarahkan.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan jiran tetangga.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturrahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
ada anak yang tak mengaku ada mak/ayah disebabkan malu, dan ada juga yang langsung tidak mengenali jiran di sebelah rumah.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang² yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang² yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." – Riwayat Ahmad.
boleh kira betapa sedikitnya bilangan para ulama' yg masih ada...
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia." - Riwayat Thabrani.
tak lain tak bukan, yg paling ketara ialah George Bush.... 

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalinya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda² telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja." - Riwayat Ahmad.
jiran sesama Islam pun adakalanya tidak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Di antara tanda² hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya, keadaannya seperti telanjang".lihatlah mcm² fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...
10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda² telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani.
yang ni kalau tak percaya, tengoklah sendiri...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong² besar yang datang kepadamu dengan membawa berita² yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengari oleh bapa² kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu." - Sahih Muslim.
gossip, fitnah, serta cerita² palsu tersebar luas dengan mudahnya.

12) Banyaknya saksi palsu.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat, akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." –Riwayat Ahmad.
memang ade je berlaku dalam kes² mahkamah...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²." - Sahih Muslim.
Dubai dah dituruni salji, Mina pula dah dilanda banjir...


Lihatlah dan sedarilah hakikat sesungguhnya kiamat itu sudah dikira terlalu hampir tiba. Tanda-tandanya sudah pun dinyatakan dalam hadith2, yang mana semuanya itu disebut sekian lama dahulu, dan telah/ sedang berlaku pada zaman sekarang...


Teguhkan iman, tingkatkan amalan...
moga2 bekalan kita ke sana mencukupi... aamiiin...

No comments:

Post a Comment