Thursday, January 13, 2011

wanita solehah........

Kekuatan lelaki bergantung kepada wanita yang baik. Sebaliknya wanita yang jahat boleh merosakkan masa depan lelaki. Kenyataan ini mungkin tidak disenangi oleh baik lelaki mahupun wanita. Tapi kenyataan tetap kenyataan yang tidak dapat disangkal lagi. sebaik-baik wanita ada lah wanita yang pandai menjaga maruah seorang suami..cuma kita renungkan kenyataan dan hakikat dalam apa yang berlaku.Adakah kita lakukan yg terbaik untuk suami.. fikirkanlah.....
1• Isteri sambut kepulangan suami dengan senyuman 
Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri 

2• Isteri menyediakan air minuman untuk meredakan kepenatan suami 
Suami terhibur dengan layanan isteri, kepenatan menempuh jalan jem sudah terbalas 

3 •Isteri menyediakan kain tuala dan berus gigi untuk suami mandi sebelum solat maghrib 
Suami mandi dan tubuhnya kembali segar sebelum menghadap Allah 

4 •Isteri siapkan tempat tidur untuk suami berihat selepas solat isya’ 
Jiwa suami tenang sambil merihatkan minda dan tenaga. 

5 •Isteri menemani suami menjelang tidur dengan perbualan yang menghiburkan 
Suami beroleh tenaga baru kerana mendapat aura isteri 

6 •Isteri siapkan pakaian untuk kerja dan menghidangkan sarapan pagi 
Suami pergi kerja dalam keadaan jiwa yang tenang dan terhibur 

7 •Isteri menjaga diri, maruah diri, dan menjaga harta dan anak suami 
Suami dalam perjalanan ke tempat kerja penuh keyakinan dan dapat bekerja yang penuh ikhlas 

seburuk-buruk wanita , adalah wanita yang menderhakai suaminya..INSAFLAH WAHAI WANITA.. ISTERI.....

 

No comments:

Post a Comment